Audi AI:ME – Mobiliti masa hadapan

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 April – Audi pada Pameran Auto Shanghai 2019 tidak lama lagi akan mendedahkan sebuah kenderaan konsep mobiliti berwawasan bagi bandar-bandar mega pada masa hadapan.

Menurut kenyataan yang diterima, Audi AI:ME yang akan diperkenalkan ini menawarkan dimensi kompak, lebih luas, dalaman futuristik dan keupayaan untuk memandu sendiri pada tahap 4 sehingga penumpangnya bebas melakukan apa saja.

Selain itu, kenderaan unik itu turut menawarkan ciri berteknologi tinggi dari segi komunikasi, hiburan mahupun jika hendak bersantai.

Garis badan Audi AI:ME membentuk sintesis sempurna dalam kereta kompak dipacu elektrik yang menjadi sebab nama AI:ME menekankan hubungannya dengan Audi AIcon, kajian ke atas operasi kereta jarak jauh automasi yang diperkenalkan pada 2017.

Perkaitan garis badan dan konsep dua kereta ini akan menjadi bukti di Shanghai, ketika AIcon akan turut diperkenalkan di perdana dunia di petak Audi pada Auto Shanghai 2019.

Kerusi hadapannya diinspirasikan daripada kusyen lobi klasik, lebih lebar, selesa dilengkapi material tekstil, sementara tempat bersandarnya direka bentuk cangkerang yang terpasang pada kusyen kerusi.

Apabila pedal tidak diperlukan, pemandunya boleh merehatkan kaki mereka pada sokongan di bawah papan pemuka.

Sudut horizontal pada tingkap merupakan elemen signifikan bagi bahagian sisi – satu siri yang dipetik daripada Audi AIcon.