Audi Q8 baharu lebih canggih

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OGOS – Para ahli media telah diberikan peluang untuk melihat lebih dekat model keluaran baru Audi, Q8 dan menguji pandu kenderaan tersebut semasa pelancaran pratonton media yang diadakan oleh TCY Motors Sdn Bhd selaku pengedar rasmi kereta Audi di Brunei Darussalam.

Q8 merupakan barisan model terbaharu dalam siri Q bagi kenderaan jenama Jerman tersebut yang menampilkan enam sirip (fins) krom yang menegak yang menjadikan gril radiator kelihatan tegak dan kukuh.

Audi Q8 yang mempunyai kuasa kuda 3.0 itu, dilengkapi dengan reka bentuk dan teknologi Audi yang terbaharu, dan memberikan tafsiran baharu mengenai kenderaan SUV coupe empat pintu besar dengan reka bentuknya yang menarik dan kebolehsuaian dan sebagai keseluruhan bagi kelas full-size dalam portfolio produk jenama berkenaan.

Dengan pakej teknologi inovasi yang ekstensif, model saiz penuh sekali lagi menampilkan Vorsprung durch Technik dan menawarkan kepada pelanggan tawaran hebat yang mempunyai nilai utiliti dan permanent quattro all-wheel drive dan juga pelepasan tanah sehingga 254 milimeter (10.0 in).

Selain itu, ianya juga membolehkan SUV coupe tersebut untuk berjalan terus di luar dari jalan raya.

Salah satu tarikan Q8 yang diperhatikan adalah ianya dilengkapi dengan teknologi hibrid ringan (MHEV – mild hybrid electric vehicles) untuk meningkatkan keselesaan dan kecekapan di mana jurutera-jurutera Audi telah mengaitkan MHEV drive kepada sensor kenderaan tersebut, memastikan antisipatif, menjangka pengawalan serta peningkatan efisiensi.

Di bawah bonet, terdapat enjin turbocharged V6 petrol 3.0 liter with 340 hp dari 5,200 hingga 6,400 rpm dan tork 500 Nm daripada 1,370-4,500 rpm.

Wajah baharu keluarga Q, Audi Q8 yang dikeluarkan di Bratislava Plant itu kini boleh didapati di Brunei dan para pelanggan boleh mengunjungi Bilik Pameran Audi Brunei yang terletak di Kiarong untuk melihatnya dengan lebih dekat.

Audi Q8 merupakan barisan model terbaharu dalam siri Q bagi kenderaan jenama dari Jerman itu.