Monday, February 10, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Audi raih kejuaraan pertama 2017

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 April – Pasukan pelanggan Audi, Smeg Racing telah merangkul gelaran pertamanya dalam musim 2017 bagi perlumbaan pelanggan Audi Sport di New Zealand. Pasukan itu bertanding di Mike Pero Motorsport Park di Christchurch di Pulau Selatan, New Zealand baru-baru ini.

    Simon Evans dan Gene Rollinson telah memenangi perlumbaan tiga jam dengan memandu Audi R8 LMS dengan kelebihan satu pusingan. Sekali gus menjadikan mereka juara baru bagi musim 2016/2017 New Zealand 3-Hour Endurance Championship.

    Manakala di atas litar Reem berdekatan dengan Riyadh, Arab Saudi, Mohammed bin Saud yang memandu Audi R8 LMS menawan pusingan kelima Festival Perlumbaan Saudi pada 25 Mac lalu.

    Di Australian GT Championship pula, Kelvin van der Linde dari Afrika Selatan telah memenangi tempat kedua dan keempat perlumbaan dengan Audi R8 LMS. Daniel Gaunt dari New Zealand menambah dua naib juara, dan Ash Walsh dan Geoff Emery dari Australia mendapat tempat ketiga, sekali gus membolehkan mereka menjulang enam trofi. Acara itu diadakan sebagai sebahagian daripada program menyokong F1 Grand Prix di Melbourne dari 23 hingga 26 Mac dengan menampilkan empat perlumbaan.

    Sementara di sidang media Audi Jepun di tokyo baru-baru ini, yang dihadiri oleh Pengarah Pengurusan Audi Sport GmbH, Stephan Winkelmann, menyampaikan projek-projek perlumbaannya.

    Pasukan Smeg Racing bergambar bersama Audi R8 LMS setelah meraih tempat pertama dalam New Zealand 3-Hour Endurance Championship.
    Pasukan Smeg Racing bergambar bersama Audi R8 LMS setelah meraih tempat pertama dalam New Zealand 3-Hour Endurance Championship.

    Dua kereta Audi R8 LMS akan bersaing dalam kelas GT300 bagi siri perlumbaan Super GT. Pasukan Audi Hitotsuyama akan bergantung pada Masataka Yanagida, yang telah memenangi kelas GT300 dan kelas GT500 sebanyak dua kali, dan bekas juara GT500, Richard Lyons dari Ireland Utara.

    Kokpit Taisan Sard akan dikongsi bersama oleh Shinnosuke Yamada dan Jake Parsons dari Australia. Sebagai tambahan, Pasukan Birth Racing Project (BRP) dan Pasukan Audi DreamDrive mempamerkan program mereka dengan Audi RS 3 LMS.

    Dalam Siri 24H Touring Car Endurance, Audi mengakhiri perlumbaan dengan berada di atas podium. Pit Lane Competizioni meraih tempat kedua dengan Audi RS 3 LMS yang dipandu oleh Zach Arnold, Enrico Bettera, Roberto Ferri, John Filippi dan Alberto Vescovi di United Kingdom.

    Dua kali juara dunia, Stefano Comini bergantung pada Audi RS 3 LMS dalam Siri TCR International buat pertama kali. Pemandu dari Switzerland itu memulakan kempen mempertahankan gelarannya dengan mendapat tempat ketiga dalam musim pembukaan bersama Pasukan Comtoyou Racing.

    Manakala dalam pusingan pertama Siri Super Taikyu di Motegi, Jepun, pemandu Audi RS 3 LMS Kouichi Okumura, Key Akiyoshi dan Daisuke Yamawaki dari pasukan BRP telah meraih tempat ketiga dalam kelas ST-R.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda