Auger-Aliassime bakal bertemu Monflis

ROTTERDAM, 16 FEB – Pemain tenis muda Kanada, Felix Auger-Aliassime, semakin hampir untuk menamatkan penantian gelaran ATP setelah berjaya menewaskan lawan beliau Pablo Carreno Busta untuk menuju pusingan akhir kejohanan Rotterdam.

Pemain yang berusia 19 itu menempah tempat ke final kali keempat dengan kemenangan 7-6 (7/2), 6-4 ke atas pemain Sepanyol, Carreno Busta.

Pemain nombor 21 dunia, Auger-Aliassime akan berdepan dengan pemain pilihan ketiga Perancis dan juga juara bertahan, Gael Monflis di pusingan akhir Ahad ini.

Monflis, berusia 33 tahun, yang memenangi gelaran di Montpellier hujung minggu lalu, berjaya menewaskan pemain Serbia, Filip Krajinovic 6-4, 7-6 (7/5).

Auger-Aliassime tewas di ketiga-tiga final ATP tahun lalu di Rio de Janeiro, Lyon dan Stuttgart, dan juga

salah seorang ahli pasukan Kanada yang tewas di pusingan akhir Piala Davis di Sepanyol. – AFP

Aksi pemain tenis Kanada, Felix Auger-Aliassime semasa perlawanan suku akhir kejohanan Rotterdam menentang Pablo Carreno Busta dari Sepanyol. – AFP