Auntie Anne’s perkenal hidangan baharu

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Dis – Auntie Anne’s Brunei hari ini sekali lagi memperkenalkan produk terbaharu, Cheesy Beef Bombs yang menggabungkan kepingan daging dan keju dalam bentuk bebola Pretzel.

Ia ditawarkan kepada pelanggan dalam satu set enam bebola Pretzel disaluti dengan kombinasi daging dan keju kisar terdiri daripada mozarella, parmesan dan cedar.

Selain produk Pretzel dengan pelbagai perasa manis dan savouri, ia juga menawarkan pelbagai minuman lemon segar berperisa raspeberi, epal, laici, mangga dan strawberi.

Produk terbaharu, Cheesy Beef Bombs boleh didapati di kelima-lima cawangan Auntie Anne’s dan melalui penghantaran.

Auntie Anne’s Brunei memperkenalkan produk terbaharu bagi memberi kepuasan kepada pelanggannya di negara ini.