Aurel dikejarkan ke hospital selepas tiga hari sembelit

YouTuber terkenal Atta Halilintar berdepan detik cemas apabila isterinya Aurel Hermansyah yang kini hamil lima bulan dikejarkan ke hospital.

Menerusi perkongsian di saluran YouTube miliknya, dia meluahkan rasa bimbang apabila Aurel mengalami sembelit teruk.

“Aku sangat panik, dari kelmarin isteriku selalu sembelit sampai nangis-nangis. Aku emosi dan selalu menyalahkan apa sahaja yang dia lakukan.

“Sekarang setiap pagi aku wajibkan dia makan buah betik. Aurel tidak boleh makan pedas-pedas. Lepas itu kena sembelit nangis-nangis di tandas,” kata Atta.

Sementara itu, Aurel memberitahu dia tidak boleh membuang air besar selama tiga hari.

“Aku sebelum hamil selalu minum teh untuk senang buang air besar. Kelmarin tiba-tiba tidak dapat buang air sampai rumah perut kejang.

“Aku ke toilet tapi tidak keluar-keluar juga najis. Aku takut kejang terlalu lama sampai terfikir takut anak damit keluar. Aku takut, serba salah,” kata Aurel.

Doktor menasihatkan agar Aurel banyak minum air dan makan makanan berkhasiat. – Agensi

Doktor menasihatkan agar Aurel banyak minum air dan makan makanan berkhasiat selepas Aurel mengalami sembelit teruk. – Agensi