Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Aurel Hermansyah cadang sekolahkan anak di luar negara

    Aurel Hermansyah tidak bercadang membenarkan Ameena mendapatkan pendidikan di Indonesia sebaliknya akan mendaftarkan anak perempuannya itu bersekolah di luar negara.

    Kata Aurel, keputusan itu dibuat kerana tidak mahu Ameena menjadi mangsa buli atau ejekan teman sekolahnya memandangkan suaminya Atta Halilintar sangat dikenali ramai.

    “Ia hanya sekadar cadangan dan masih belum tentu jadi tetapi saya memang mahu dia bersekolah di luar negara.

    “Berdasarkan pengalaman saya sering diejek ketika bersekolah hanya kerana bapa saya Anang Hermansyah dan ibu saya Krisdayanti.

    “Perkara sama mungkin akan berlaku kepada Ameena dan lebih baik dia bersekolah di negara yang mana orang tidak mengenali latar belakangnya,” katanya.

    Bagaimanapun kata Aurel, dia tetap akan mendaftarkan Ameena untuk mendapat pendidikan pra-sekolah dan sekolah rendah di Jakarta agar dapat membentuk jati dirinya sebagai orang Indonesia.- Agensi

    Aurel Hermansyah berkata keputusan itu dibuat kerana tidak mahu Ameena menjadi mangsa buli atau ejekan teman sekolahnya.- Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...