Saturday, December 7, 2024
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aurel kerap berkepit dengan Krisdayanti sejak hamil

    Sejak mendedahkan kehamilannya kepada umum, penyanyi Aurel Hermansyah dilihat sentiasa berada di samping ibu kandungnya iaitu Krisdayanti.

    Namun apa yang menjadi pertanyaan, apakah reaksi Ashanty melihat keadaan itu kerana seperti yang diketahui sebelum bernikah, Aurel berada di bawah jagaannya dan suami, Anang Hermansyah.

    “Saya senang hati sahaja melihat mereka seperti itu. Lagi pun mereka ada kerjasama dalam nyanyian, sebab itu perlu sentiasa ada bersama,” katanya menerusi program temu bual Youtube memetik laporan Liputan6.

    Pada masa sama, Ashanty berkata, sejak mendirikan rumah tangga bersama Anang, Aurel jarang bertemu ibunya namun itu tidak bermakna hubungan mereka renggang seperti mana yang disangka orang ramai.

    “Aurel sudah bernikah dan tidak lagi tinggal bersama kami, jadi mungkin lebih mudah untuk dia bertemu ibunya.

    Selain kerap berkepit dengan Krisdayanti sejak berbadan dua, Aurel Hermansyah dikatakan berkelakuan lebih manja. – Agensi

    “Mereka berdua sejak dahulu memang rapat tak pernah renggang. Ketika ibunya ada konsert di Malaysia, Aurel juga ada datang beri sokongan,” katanya.

    Ashanty juga turut mendedahkan, sejak berbadan dua anak tirinya itu berkelakuan lebih manja.

    “Dia sekarang sangat manja dan terpaksa dituruti suaminya. Saya ada beri nasihat sebab suaminya juga ada banyak kerja yang perlu dilakukan.

    “Saya sendiri setiap hari akan hubungi dia untuk tahu keadaannya. Yang paling penting saya selalu ingatkan supaya tidak perlu berdiet dan makan makanan yang sihat untuk kebaikan dia dan kandungannya,” katanya.

    Aurel mendirikan rumah tangga dengan selebriti Atta Halilintar pada 3 April dan upacara akad nikah pasangan itu berlangsung di Hotel Raffles, Jakarta. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda