Bahagia melihat pasangan romantik Aurel Hermansyah atau nama sebenarnya Titania Aurelie Nurhermansyah yang menerima sambutan mewah dari suami sempena hari lahirnya.
Aurel yang juga anak sulung kepada penyanyi Indonesia, Krisdayanti dan Anang Hermansyah itu berkongsi sambutan istimewa tersebut di media sosial.
Tepat jam 12 tengah malam pada 10 Julai sempena ulang tahun kelahiran ke-24, dia menerima kejutan kek dan hiasan belon serta bunga-bungaan berwarna ungu yang melambangkan satu sambutan akan diadakan di tempat eksklusif.
Tanpa pengetahuan empunya diri, suami Aurel yang juga YouTuber terkenal Indonesia, Atta Halilintar, rupanya telah menyewa sebuah kapal mewah dikenali Batavi Phinisi yang dihiasi dengan penuh romantik. Ternyata ia berjaya membuat isteri tercinta menangis bahagia saat tiba di atas kapal itu.
Sudah pasti memberikan satu momen terindah apabila Aurel dibawa belayar di tengah laut pada waktu malam sambil ditemani ibunya, Krisdayanti, ahli keluarga dan teman rapat.
Menerusi laporan media Indonesia, Aurel memanjatkan rasa syukur atas segala kurniaan dan rezeki.
“Masya-Allah, Tabakarallah, ulang tahun ke-24 ini benar-benar penuh berkat dan juga bertepatan dengan Aidiladha. Suami saya yang luar biasa, selalu penuh dengan kejutan dan membuat saya sebagai isterinya bahagia. – Agensi