Saturday, January 25, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Australia: Acara terjun Olimpik ‘tidak selamat’

    SYDNEY, 23 APRIL – Pasukan terjun Australia mengatakan ‘tidak selamat’ untuk melakukan perjalanan ke Jepun ketika mereka menarik diri dari acara ujian Olimpik Tokyo hari ini hanya tiga bulan sebelum Sukan yang ditangguhkan itu bermula.

    Piala Dunia Terjun akan berlangsung dari 1 hingga 6 Mei di ibu negara Jepun. Tetapi dengan kerajaan Jepun mengeluarkan perintah darurat baharu di Tokyo dan tiga wilayah lain hari ini, pasukan terjun Australia mengatakan ‘tidak selamat untuk menghantar atlet dan pegawai kita ke kejohanan Piala Dunia’.

    “Ini adalah kedudukan kami yang jelas, berdasarkan keadaan semasa, bahawa acara kelayakan Olimpik yang adil dan selamat tidak mungkin dapat dilakukan pada masa ini,” kata satu kenyataan. Jepun telah menyaksikan kurang dari 10,000 kes kematian COVID-19 walaupun tidak pernah melakukan sekatan ketat seperti negara lain. – AFP

    Orang ramai mengambil gambar logo Olimpik yang didirikan oleh Muzium Olimpik Jepun di Tokyo. –AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda