Australia Associated Press tutup selepas 85 tahun

CANBERRA, AUSTRALIA, 3 MAC – Agensi berita Australia Associated Press (AAP) berkata hari ini ia menutup operasi selepas 85 tahun, menyalahkan kekurangan dalam pelangganan dan pengagihan kandungan berita percuma dalam platform digital.

“Hari paling sedih: AAP tutup selepas 85 tahun cemerlang dalam bidangan kewartawanan. Keluarga AAP akan dirindui,” kata Ketua Editor APP dalam laman Twitter.

Lebih 170 jurnalis AAP akan menamatkan operasi menjelang 26 Jun. Perkhidmatan pengeluaran editorial juga akan ditutup pada penghujung Ogos, menurut syarikat itu.

“Impak tidak dijangkakan dari platform digital yang mengambil isi kandungan orang lain dan menyebarkan secara percuma telah membawa kepada banyak syarikat untuk tidak lagi menggunakan perkhidmatan profesional AAP,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan. “Kami telah mencapai satu tahap di mana ia tidak lagi berdaya maju untuk diteruskan.”

AAP berpangkalan di Sydney terkenal dengan laporan adilnya dan tidak berat sebelah serta pencapaiannya di seluruh bandar dan luar bandar Australia. – AP