Australia bakal laksanakan perintah sekatan baharu

MELBOURNE, 21 JULAI – Bandar Victoria yang menjadi titik panas di Australia pada hari ini melaporkan 374 kes baharu COVID-19, angka harian kedua tertinggi.

Perdana Menteri Victoria, Daniel Andrews turut mengumumkan tiga lagi kematian, menjadikan angka kematian di negara itu kepada 126 orang.

Andrew berkata perintah berkurung di bandar kedua terbesar Australia, Melbourne, yang dimulakan dua minggu yang lalu, berjaya memberi kesan.

“Kita ingin melihat angka tersebut menurun. Namun, pada akhirnya, kita tidak akan menyaksikan peningkatan berganda berulang kali dalam kes-kes itu,” kata Andrews. ‘Ia merupakan langkah yang kami laksanakan dan mempunyai kesan langsung’.

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison berkata anggota tentera membantu pihak berkuasa kesihatan Victoria dalam menangani kenaikan jumlah kes.

“Kami masih mengharungi saat yang paling mencabar dalam perjuangan ini, seperti yang dapat disaksikan dari jumlah kes harian dan saya tidak menjangkakan ia akan banyak berubah dalam jangka pendek,” kata Morrison. “Dan kita perlu berusaha mengatasi masalah ini.” – AP