Australia bakal rombak kabinet

CANBERRA, AUSTRALIA, 21 JUN – Perdana Menteri Australia, Scott Morrison akan mengumumkan rombakan kabinetnya selepas rakan yang dicemari skandal telah dilantik menjadi timbalan perdana menteri hari ini.

Ahli-ahli perundangan dalam rakan gabungan junior, parti Nasional, telah memilih Barnaby Joyce sebagai pemimpin baharu mereka, memecat Michael McCormack.

Sebagai pemimpin baharu Nasional, Joyce menjadi timbalan perdana menteri dan layak menjawat jawatan kabinet. Dia akan mengangkat sumpah esok dan mengadakan rundingan bersama Morrison.

Morrison akan mengadakan pilihan raya antara Ogos dan Mei tahun depan. – AP

Barnaby Joyce semasa bercakap kepada media di Dewan Parlimen, Canberra, Australia pada 21 Jun. – AFP