Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Australia Barat bergelut selepas banjir besar

    SYDNEY, 12 JAN – Australia Barat yang dilanda banjir berdepan kesulitan untuk pulih apabila air berlumpur surut telah mendedahkan skala penuh kerosakan baru-baru ini ke atas rumah, jalan raya dan ternakan.

    Di pekan Fitzroy Crossing yang dilanda banjir, rumah kepada kira-kira 1,000 orang, air meruntuhkan jambatan utama, menghanyutkan permukaan jalan dan merosakkan rumah sepanjang minggu lalu.

    Banjir itu mewujudkan tasik pedalaman yang luas di bahagian utara Australia Barat, turut membanjiri sebahagian besar Fitzroy Crossing dan komuniti Orang Asli di wilayah yang sedikit penduduknya.

    “Saya tidak mahu menyembunyikan cabaran yang menanti dari segi pembinaan perumahan dan jalan raya,” kata menteri perumahan negeri itu, John Carey, menurut penyiar awam ABC.

    Ladang-ladang yang luas di kawasan itu dianggarkan telah kehilangan beribu-ribu ekor lembu, menurut Persatuan Penternak, Kimberley Pilbara.

    Gambar yang diambil pada tahun 2021 di Gascoyne, salah sebuah wilayah di barat Australia yang mengalami banjir menjejaskan dan merosakkan infrastruktur awam. – Agensi

    “Kesan ke atas padang berumput akan menjadi ketara,” Menteri Pertanian Negeri, Jackie Jarvis memberi amaran hari ini.

    “Kami sebenarnya tidak akan mengetahui kesan penuh selama beberapa bulan.”

    Wilayah Kimberley yang dilanda banjir meliputi kawasan tanah tiga kali lebih besar daripada United Kingdom, tetapi ia mempunyai populasi kurang daripada 40,000.

    Australia telah berulang kali dilanda hujan lebat dalam tempoh dua tahun lalu, didorong oleh kitaran iklim La Nina berturut-turut. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...