Wednesday, January 22, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Australia beli 40 helikopter tentera black hawk

    CANBERRA, AUSTRALIA, 10 DIS – Tentera Australia berkata hari ini ia merancang menghentikan armada helikopter Taipan buatan Eropah dan membeli Black Hawk dan Seahawk buatan Amerika Syarikat (AS) disebabkan jentera AS adalah lebih dipercayai.

    Tindakan itu diambil kurang tiga bulan selepas Australia membatalkan perjanjian untuk membeli kapal selam Perancis dan memilih kapal selam nuklear yang menggunakan teknologi AS dan Britain dalam peralihan yang membangkitkan kemarahan Perancis.

    Australia mempunyai 47 helikopter Taipan yang dibangunkan Airbus dan sepatutnya bertahan sehingga 2037 tetapi telah dibelenggu masalah pembatalan penerbangan. Australia akan berhenti menggunakannya dan membeli 40 helikopter Lockheed-Martin dalam perubahan yang akan menelan kos AS$4.8 bilion.

    Perdana Menteri Scott Morrison berkata Australia sedang mempertingkat keupayaan pertahanannya dan telah menjalin perkongsian yang baik, terutamanya dengan AS.

    “Model Taipen tidak memenuhi standard mereka,” kata Morrison. “Dan kami mahu memastikan tentera kami mempunyai peralatan terbaik untuk mempertahan negara, dan Black Hawk akan membekalkan ciri-ciri tersebut.”

    Menteri Pertahanan Peter Dutton berkata Black Hawk adalah lebih murah dan pegawai mempunyai isu mengenai program Taipan sejak satu dekad lalu. – AP

    Gambar serahan Jabatan Pertahanan Australia menunjukkan helikopter Black Hawk S-70A-9 mendarat di Victoria Barracks di Sydney, Australia kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda