Saturday, January 18, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Australia beli dron teknologi tinggi

    SYDNEY, 26 Jun – Australia berkata akan melabur sebanyak AUS$7 bilion untuk membangun dan membeli dron berteknologi tinggi dari Amerika Syarikat (AS) untuk menjalankan operasi ketenteraan bersama dan untuk memantau perairan termasuk Laut China Selatan.

    Canberra telah melancarkan pelaburan tentera laut yang terbesar melalui strategi pembinaan kapal besar yang termasuk kapal selam, kapal rondaan luar pesisir dan kapal perang baharu untuk meningkatkan keupayaan pertahanannya.

    Sebagai sebahagian daripada usaha ini, kerajaan akan membelanjakan AUS$1.4 bilion untuk membeli dron pengawasan maritim MQ-4C Triton, yang dijangka akan dikeluarkan pada pertengahan tahun 2023, menambah bilangan daripada tujuh pesawat dron Poseidon P-8A yang sedang digunakan pada masa ini.

    “Bersama-sama pesawat ini akan meningkatkan kemampuan anti-kapal selam perang dan kemampuan serangan maritim, serta kemampuan operasi mencari dan menyelamat kami,” kata Perdana Menteri Malcolm Turnbull dalam satu kenyataan.

    “Pelaburan ini akan melindungi sempadan kami dan menjadikan wilayah kami lebih selamat.”

    Dron-dron tersebut boleh mencapai ketinggian jauh dan tahan lama yang boleh membantu misi sehingga 24 jam dan memberikan pemandangan 360 darjah dalam persekitaran mereka, merangkumi lebih dari 2,000 batu nautika. Ia juga akan menggantikan pesawat perisikan AP-3C Orion.

    “Ia memberikan kami keupayaan besar dalam pengawasan dan peninjauan,” kata Menteri Industri Pertahanan, Christopher Pyne kepada Sky News, sambil menambah bahawa jumlah kosnya adalah kira-kira AUS$7 bilion.

    Sistem tanpa pemandu itu juga akan meneruskan pengawasan Australia terhadap perairan Laut China Selatan, tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda