Australia bergelut tangani letusan penyakit udang

SYDNEY, 3 Jan – Australia sedang bergelut untuk menangani ancaman bio keselamatan yang berlaku di ladang ternakan udang selepas ladang kelima diuji positif bagi Penyakit White Spot Disease di Sungai Logan.

Sungai Logan, hanya ke selatan Brisbane di negeri Queensland telah ditutup kepada semua urusan komersial dan rekreasi sejak awal Disember sementara pihak berkuasa bio keselamatan memberi tindak balas kepada letusan penyakit itu selepas ujian mengesahkan kehadiran penyakit berkenaan dalam ladang ternakan udang tempatan.

Pihak berkuasa bagaimanapun telah mengesahkan penyakit itu ditemui dalam penternakan udang kelima, 5km daripada empat ladang yang lain diisi semula berikutan keputusan ujian positif, lapor media tempatan hari ini.

“Pada peringkat ini, ia masih lagi belum jelas bagaimana virus itu muncul dalam premis tersebut,” kata Biosecurity Queensland dalam satu kenyataan.

“Terdapat tiga premis akuakultur lain di sekitarnya, namun salah satunya pada masa ini tiada simpanan udang.”

Krustasea yang dijangkiti tidak memberi risiko kesihatan kepada manusia, bagaimanapun penyakit ini boleh mengakibatkan kadar kematian yang tinggi dalam penternakan dan simpanan lain.

Pengeluaran udang ternakan biasanya menurun kepada 40 peratus pada paras normal selama dua tahun, sebelum pulih kepada kira-kira 70 peratus pada tempoh yang lama. – Xinhua