Australia beri vaksin percuma

AUSTRALIA, 7 SEPT – Rakyat Australia dijangka boleh mendapatkan vaksin COVID-19 menjelang awal tahun depan, lapor agensi berita Sputnik, memetik Perdana Menteri Scott Morrison.

“Penduduk Australia akan diberikan vaksin COVID-19 secara percuma pada 2021 jika percubaan berjaya,” kata Morrison dalam satu kenyataan hari ini.

Kerajaan Australia sudah mencapai perjanjian pembekalan dan pengeluaran bernilai AUD1.7 bilion dengan syarikat farmaseutikal, yang akan memastikan vaksin percuma tersedia sepanjang 2021. – Bernama