Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Australia buka sempadan 21 Februari ini

    SYDNEY, 7 FEB – Australia akan membuka semula sempadannya kepada pelancong mulai 21 Februari ini, umum Perdana Menteri, Scott Morrison hari ini, sekali gus menamatkan beberapa sekatan perjalanan paling ketat dan lama di dunia.

    “Sudah hampir dua tahun sejak kami mengambil keputusan untuk menutup sempadan ke Australia, sempadan akan dibuka semula kepada semua pemegang visa pada 21 Februari tahun ini.

    “Jika awda sudah divaksin dua kali, kami mengalu-alukan awda kembali ke Australia,” katanya.

    Lapangan terbang dan pelabuhan Australia ditutup kepada pelancong pada Mac 2020 dengan harapan ia dapat melindungi kepulauan itu daripada pandemik global yang semakin meningkat.

    Dalam tempoh itu, rakyat Australia dilarang keluar dan hanya segelintir pelawat diberikan pengecualian untuk memasuki negara itu.

    Peraturan berkenaan menyebabkan warganegaranya terkandas di luar negara, memisahkan anggota keluarga, menjejaskan industri pelancongan dan sering menimbulkan perdebatan hangat mengenai keterbukaan Australia kepada negara-negara luar.

    Beberapa bulan baru-baru ini, peraturan telah dilonggarkan secara beransur-ansur bagi warga Australia, penduduk jangka panjang dan para pelajar.

    Keputusan terkini itu akan menyaksikan semua sekatan dibatalkan.

    Ia muncul selepas dasar ‘sifar COVID-19 telah dihentikan, kadar vaksinasi meningkat dan sistem jejak dan kesan gagal di bawah gelombang kes Omicron.

    Hanya segelintir negara yang masih ditutup kepada pelancong antaranya Jepun, China, New Zealand dan beberapa negara di Pulau Pasifik. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...