Friday, December 6, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Australia buka sempadan mulai November

    ANBERRA, 5 OKT – Australia akan kembali menerima kehadiran pelancong antarabangsa tahun hadapan, tetapi akan mengutamakan migran berkemahiran dan penuntut-penuntut, menurut perdana menteri hari ini.

    Perdana Menteri, Scott Morrison berkata Australia dijangka mencapai sasaran vaksinasi hari ini di mana negara tersebut mungkin mula membuka semula sempadannya. Kira-kiara 80 peratus penduduk berusia 16 tahun dan ke atas sudah melengkapkan dos kedua.

    Minggu lalu, beliau mengumumkan rancangan untuk membenarkan warganegara dan penduduk tetap yang sudah lengkap divaksinasi untuk terbang ke luar negara bermula November buat kali pertama sejak sekatan perjalanan ketat berkuat kuasa pada Mac tahun lalu. Tetapi Morrison hari ini berkata selepas warga Australia, keutamaan seterusnya diberikan kepada migran berkemahiran dan pelajar antarabangsa untuk memasuki Australia sebelum pelancong lain.

    Pandemik telah memberi kesan teruk kepada universiti di negara itu yang sangat mengharapkan yuran pembayaran daripada penuntut luar negara. Sektor pendidikan risau pelajar yang akan didaftarkan di negara-negara lain kecuali Australia membuka semula sempadannya tidak lama lagi.

    “Keutamaan seterusnya adalah migran berkemahiran yang sangat penting bagi negara dan mereka yang sudah melengkapkan dua dos vaksin, serta penuntut yang datang dan kembali ke Australia untuk meneruskan pengajian,” Morrison memberitahu televisyen Seven Network.

    “Kami akan membenarkan pelancong antarabangsa tahun hadapan,” kata Morrison. Majlis Eksport Pelancongan Australia, yang mewakili sektor yang menjana AS33 bilion setiap tahun hasil daripada pelancongan antarabangsa sebelum pandemik, ingin mereka untuk kembali menjelang Mac.

    Negeri Victoria hari ini melaporkan 1,763 kes jangkitan baharu, rekod tertinggi bagi negara tersebut. Bandar kedua paling ramai di Australia itu juga melaporkan empat kematian akibat COVID-19. – AP

    Perdana Menteri Australia bercadang untuk membenarkan kemasukan pelancong antarabangsa bermula tahun depan dengan migran berkemahiran dan penuntut diberikan keutamaan. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda