Australia catat 13 kematian, 723 jangkitan

MELBOURNE, 30 JULAI – Australia hari ini melaporkan angka rekod baharu jangkitan koronavirus dan hari paling maut epidemik setakat ini susulan pertambahan kes di rumah jagaan orang tua.

Sebanyak 13 kematian dan 723 keputusan ujian positif telah dicatatkan di Negeri Victoria, melebihi jumlah jangkitan sebelumnya 549 pada Isnin lalu.

Perdana Menteri Daniel Andrew menekankan lonjakan itu, sebahagiannya, berkaitan dengan pertambahan dalam kes di rumah jagaan orang tua.

Kebanyakan mereka yang meninggal dunia berusia 70 hingga 90 tahun.

Di salah sebuah kemudahan paling teruk terjejas, Epping Gardens, sebuah ambulans dilihat kelmarin membawa mayat salah seorang penghuni yang sudah meninggal dunia.

Pekerja kesihatan dilihat mengusung penghuni lain untuk dipindahkan ke hospital.

Perdana Menteri Scott Morrison berkata peningkatan tinggi dalam bilangan itu ‘sangat membimbangkan’. – AFP

Pekerja perubatan memindahkan penghuni dari pusat jagaan Epping Gardens di Melbourne pada 30 Julai. – AFP