Australia catat kadar pengangguran tertinggi

SYDNEY, 18 JUN – Kadar pengangguran di Australia telah mencecah pada tahap tertinggi dalam dua dekad pada bulan lalu, data rasmi menunjukkan hari ini, tatkala ratusan ribu penduduk kehilangan pekerjaan mereka disebabkan sekatan pergerakan yang dicetuskan oleh wabak koronavirus.

Kadar pengangguran meningkat kepada 7.1 peratus pada Mei berikutan kehilangan 227,700 jawatan, yang hampir tiga kali lebih daripada diramalkan dan menyusuli lebih 600,000 pengurangan pada bulan sebelumnya, menurut Biro Statistik Australia.

Angka itu keluar dengan negara dijangka mengalami kemelesetan pertamanya dalam hampir tiga dekad selepas ekonomi mengecut 0.3 peratus dalam tempoh Januari-Mac, dengan bacaan ‘jauh lebih teruk’ yang dijangkakan dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Kerajaan konservatif menyifatkan data sebagai ‘teruk,’ dengan Perdana Menteri Scott Morrison mengingatkan ‘kami sedang berdepan dengan beberapa cabaran ekonomi terbesar yang pernah dihadapi oleh negara ini.’

Dolar Australia merosot berbanding mata wang utama, dan pasaran saham Sydney ASX 200 merosot 1.6 peratus selepas berita itu.

Pengangguran telah mencecah lima peratus sebelum Februari, apabila sekatan koronavirus diperkenalkan dan perniagaan dipaksa memperkenalkan langkah penjarakan sosial. Ia mencecah 6.4 peratus pada April. – AFP