Australia catat kematian harian tertinggi

MELBOURNE, 26 JULAI – Australia melaporkan kematian tertinggi dalam tempoh 24 jam akibat koronavirus sejak wabak itu mula muncul, dengan pihak berkuasa mencatatkan 10 kematian hari ini dan peningkatan jangkitan baharu walaupun pelbagai langkah pencegahan terus dilakukan.

Angka kematian COVID-19 di negara itu meningkat kepada 155 orang dan negara tenggara Victoria melaporkan lebih daripada 450 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam terakhir.

Perdana Menteri Victoria Daniel Andrews mengatakan 10 kematian itu merupakan individu yang berusia dalam lingkungan antara 40 hingga 80 tahun, di mana tujuh kematian berkaitan dengan wabak di kemudahan penjagaan orang tua.

Ini adalah angka kematian paling tinggi akibat virus di Australia sejak ia mula muncul pertama kali, menurut laporan yang disusun oleh AFP.

Australia telah pun berdepan dengan kesukaran menangani penularan virus itu setakat ini, mencatatkan 14,000 kes – walau pun ia dilihat lebih sedikit daripada kebanyakan negara yang paling teruk terjejas dalam tempoh sehari.

Tetapi gelombang jangkitan kedua jangkitan virus tersebut kini menjadi pergelutan baharu kebanyakan negara yang telahpun mengalami kesukaran untuk terus mengekang penularan wabak itu.

Jumlah kes baharu tetap tinggi dalam beberapa hari kebelakangan ini walaupun lima juta orang di Melbourne menghabiskan masa dua minggu terakhir dalam perintah berkurung.

Penutup mulut dan hidung adalah wajib di bandar dan Victoria ditutup di seluruh negara. – AFP

Orang ramai menggunakan penutup mulut dan hidung bagi mengekang penularan virus ketika berjalan di luar Stesen Kereta Api Flinders Street di Melbourne pada 23 Julai lalu. Australia melaporkan kematian tertinggi dalam tempoh 24 jam akibat koronavirus sejak wabak itu mula muncul, dengan pihak berkuasa mencatatkan 10 kematian. – AP