Australia catat kes kematian COVID-19 tertinggi

MELBOURNE, 5 OGOS – Bandar Victoria yang paling teruk terjejas dilanda COVID-19 di Australia melaporkan 15 kes kematian hari ini, termasuk seorang lelaki berusia 30an, menjadikannya hari wabak paling teruk di negara itu.

Penularan wabak di Melbourne, bandar kedua terbesar di Australia dan ibu kota Victoria, telah menyaksikan ratusan kes baharu dicatatkan setiap hari dalam beberapa minggu terakhir, termasuk 725 kes hari ini.

Peningkatan kes berlanjutan walaupun Melbourne telah berada di dalam sekatan selama hampir sebulan.

Perdana Menteri Victoria, Daniel Andrews memberitahu dalam sidang media bahawa kematian terbaharu termasuk seorang lelaki berusia 30an dan 12 kematian lain yang berkaitan dengan rumah jagaan orang tua.

Virus ini telah merebak dengan cepat melalui pusat jagaan kanak-kanak di bandar ini, dengan hampir 1,500 jangkitan yang kekal aktif dikaitkan dengan kemudahan tersebut. – AFP

Seorang lelaki melintas sebuah trak di Melbourne bertulis perlunya memakai penutup mulut dan hidung, ketika bandar itu menguatkuasakan sekatan setelah bandar Victoria yang paling teruk dilanda Australia melaporkan 725 kes baharu dan 15 kematian kelmarin. – AFP