Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Australia catat peningkatan kes COVID

    CANBERRA, 25 NOV – Australia melaporkan peningkatan kecil kes COVID ketika negara itu menghampiri kemuncak gelombang jangkitan keempat.

    Menurut data Jabatan Kesihatan, secara purata 11,953 kes baharu direkodkan setiap hari dalam tempoh seminggu hingga Jumaat, lapor Xinhua.

    Angka berkenaan mewakili peningkatan sebanyak 10 peratus daripada minggu sebelumnya – peningkatan jauh lebih rendah berbanding awal dan pertengahan November.

    Setakat ini, seramai 2,242 warga Australia menerima rawatan di hospital sejak tujuh hari lalu, meningkat daripada 1,973 pesakit pada minggu sebelumnya dan lebih 100 kematian direkodkan.

    Ketua Pegawai Kesihatan, Nicola Spurrier percaya Australia Selatan sedang menghampiri kemuncak gelombang semasa selepas kes meningkat tiga peratus pada minggu lalu.

    “Kami sangat berharap bahawa gelombang itu akan menurun sebelum Krismas, supaya kita semua dapat menikmati Krismas yang lebih selamat,” katanya kepada pemberita. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...