Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Australia cecah rekod jangkitan Omicron, saringan dipercepat

    SYDNEY, 4 JAN – Australia melapor-kan jumlah kes baharu harian memecah rekod hampir 50,000 kes COVID-19 hari ini ketika varian Omicron menular pantas dalam komuniti dan menyebabkan orang ramai bergegas mendapatkan ujian saringan.

    Meskipun peningkatan Omicron tidak membawa jumlah tinggi mereka yang sakit tenat, ia telah mengakibatkan orang ramai bergegas mendapatkan ujian saringan di pusat-pusat saringan PCR yang lebih dipercayai, manakala bagi saringan kendiri menggunakan kit ujian antigen pantas (ART) semakin meningkat, meskipun kit tersebut sukar diperolehi.

    Australia sebelum ini berjaya mengekang jangkitan koronavirus melalui penutupan sempadan dan ujian saringan serta pengesanan agresif. Namun satu gelombang awal disebabkan Delta memusnahkan cita-cita sifar COVID di sebahagian besar negara itu, termasuk bandar-bandar utama Sydney dan Melbourne.

    Sekarang, seperti kebanyakan ne-gara, ia bergantung kepada vaksin bagi perlindungan dengan 91.5 peratus daripada populasi berusia 16 tahun ke atas sudah divaksin. Kira-kira 2.5 juta orang sudah menerima dos penggalak. – AFP

    Gambar fail kakitangan perubatan mengumpulkan ujian calitan daripada orang ramai di klinik pandu lalu di Sydney. Kes baharu di Australia memecah rekod disebabkan varian Omicron. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...