Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Australia dakwa suspek IS

    MELBOURNE, 4 DIS – Polis Australia mendakwa suspek Islamic State berprofil tinggi dengan enam kesalahan berkaitan keganasan hari ini, dua hari selepas dia diekstradisi dari Turkiye, kata pegawai.

    Neil Christopher Prakash, 31, dituduh melakukan kesalahan termasuk terlibat dalam aktiviti keganasan di luar negara, menyokong pertubuhan pengganas dan keganasan, kata polis.

    Dia didakwa di Melbourne oleh pasukan antikeganasan selepas mendarat di Australia pada hari Jumaat susulan ekstradisinya, kata polis persekutuan dalam satu kenyataan.

    Dakwaan itu membawa hukuman maksimum antara lima tahun hingga penjara seumur hidup.

    Polis mengeluarkan video yang menunjukkan para pegawai di lapangan terbang Melbourne membawa Prakash dari kapal terbang dan mengiringinya melintasi landasan menuju ke sebuah kereta.

    Prakash telah ditangkap di Turkiye pada 2016 selepas menyeberang masuk ke negara itu dari Syria.

    Dia dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun pada 2019 oleh mahkamah Turkiye, yang mendapatinya bersalah menganggotai pertubuhan pengganas.

    Prakash telah dilucutkan kewarganegaraan Australia pada 2018. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...