Australia dedah pemeriksaan ‘keterlaluan’ Qatar Airways

SYDNEY, 28 OKT – Australia hari ini mendedahkan para penumpang wanita dari 10 pesawat yang terbang dari Doha terpaksa menjalani pemeriksaan fizikal yang ‘keterlaluan’, ketika Qatar menyatakan penyesalan atas kesukaran yang dihadapi wanita-wanita berkenaan ketika pemeriksaan tersebut.

Reputasi Emiriah Teluk terjejas selepas muncul laporan yang menyatakan bahawa wanita yang menaiki pesawat penerbangan Qatar Airways menuju ke Sydney terpaksa melakukan pemeriksaan yang ‘keterlaluan’ pada 2 Oktober lalu.

Pemeriksaan tersebut dijalankan selepas anak damit yang baru lahir ditinggalkan di Lapangan Terbang Doha. Kerajaan Qatar hari ini berkata dalam laporan pertamanya mengenai kejadian itu bahawa anak damit berkenaan dibalut dengan plastik dan meninggal du-nia di tempat kejadian.

Tetapi Australia terus memberikan tekanan pada Qatar, dengan Menteri Luar Negeri Marise Payne mengumumkan bahawa jumlah pesawat yang disasarkan jauh lebih besar dari satu penerbangan.

Dia memberitahu sebuah jawatankuasa Senat bahawa wanita dari ‘keseluruhannya sebanyak 10 pesawat’ telah menjalani pemeriksaan, termasuk 18 wanita – 13 warga Australia – dalam penerbangan ke Sydney. – AFP