SYDNEY, 9 FEB – Puting beliung tropika Damien yang semakin melemah membadai rantau Pilbara, barat laut Australia hari ini, ketika ribut membawa hujan lebat dan membanjiri timur negara yang dilanda kebakaran hutan.
Puting beliung kemudian berkurangan menjadi ribut Kategori Satu hari ini selepas mendarat lewat kelmarin sebagai Kategori Tiga, dengan membawa angin kencang selaju 195kmsj pada kemuncaknya dan memaksa penduduk bersembunyi dalam rumah di bawah amaran kecemasan kod merah.
Biro Meteorologi berkata Damien menjadi lemah ketika ia bergerak ke tenggara melintasi tengah Pilbara yang tidak mempunyai ramai penduduk hari ini, membawa angin kencang hingga 100kmsj dan hujan lebat yang dijangka menyebabkan banjir. – AFP




























