Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Australia dijangka bergelap

    SYDNEY, 14 JUN – Penduduk Australia diberi amaran untuk menjangkakan gangguan bekalan elektrik di seluruh pantai timur yang padat penduduk hari ini, ketika krisis tenaga melanda salah sebuah negara pengeluar arang batu dan gas terbesar dunia.

    Pengendali Pasaran Tenaga Australia memberi amaran bahawa berkemungkinan berlaku gangguan bekalan tenaga di negeri Queensland dan New South Wales, yang mempunyai lebih 13 juta orang penduduk.

    Ia turut mengeluarkan notis bagi ramalan kekurangan rizab di negeri Victoria, Australia Selatan dan Tasmania. Perdana menteri yang baharu dilantik, Anthony Albanese menyalahkan krisis tenaga disebabkan oleh kerajaan terdahulu, yang berkuasa hampir sedekad.

    “Akibat daripada kegagalan kerajaan terdahulu untuk melaksanakan dasar tenaga kini mula dira-sai,” dia memberitahu wartawan di Brisbane.

    Albanese berkata kerajaannya akan membuat penilaian bagaimana untuk meredakan krisis.

    Pengendali Pasaran Tenaga Australia hari ini mengadakan rundingan bersama pihak penjana, namun had harga Aus$300 membuatkan mereka tidak mahu menjana lebih banyak tenaga ke dalam sistem.

    Ia juga mencari pilihan lain untuk memaksa syarikat-syarikat untuk menjana lebih banyak elektrik, usaha yang dibuat kelmarin untuk mengelak gangguan bekalan elektrik di Queensland. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...