Australia dilanda serangan siber dari ‘dalam negeri’

SYDNEY, 19 JUN – Perdana menteri Australia hari ini mendedahkan bahawa negaranya berada di bawah serangan siber yang luas dari ‘dalam negeri’ yang menyasarkan kerajaan, perkhidmatan awam dan perniagaan, dengan China kini menjadi suspek.

Memberi amaran kepada warga Australia mengenai ‘risiko khusus’ dan peningkatan tempo serangan, Scott Morrison mengatakan pada sidang media bahawa pelbagai institusi telah dilanda serangan tersebut.

“Kegiatan ini menyasarkan organisasi Australia di pelbagai sektor, termasuk semua peringkat kerajaan, industri, organisasi politik, pendidikan, kesihatan, penyedia perkhidmatan penting dan pengendali infrastruktur kritikal lain,” katanya.

Morrison menyalahkan ‘serangan siber yang berada dalam negara’, tetapi enggan menyebut pelakunya, sambil mengatakan bahawa ia mungkin berasal dari beberapa negara.

China, Iran, Israel, Korea Utara, Rusia, Amerika Syarikat dan sejumlah negara Eropah diketahui mengembangkan kemampuan mereka dalam bidang siber. – AFP