Tuesday, April 16, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Australia gesa Vietnam bebaskan penyokong demokrasi dipenjara

    AUSTRALIA/VIETNAM, 5 APRIL – Kerajaan Australia telah menggesa Vietnam untuk membebaskan, atas dasar kesihatan, seorang warga Australia kelahiran Vietnam berusia 72 tahun yang menjalani hukuman penjara 12 tahun kerana menyokong kumpulan pro demokrasi.

    Sebuah mahkamah di Ho Chi Minh City telah menjatuhkan hukuman itu terhadap Chau Van Kham pada 2019 atas sabitan-sabitan pengganasan berkaitan sokongannya kepada kumpulan demokrassi Viet Tan.

    Menteri Luar Australia Marise Payne berkata, beliau telah mempertikaikan bagi pembebasan Kham dalam satu perbualan dengan Perdana Menteri

    Vietnam, Pham Minh Chinh di Hanoi tahun lalu dan dalam satu panggilan telefon bersama Menteri Luar Vietnam, Bui Thanh Son minggu lalu.

    “Berhubung Chau Van Kham, kami menghormati sistem undang-undang Vietnam, kebimbangan kami adalah usianya. Dia berusia dalam 70an, dia tidak sihat,” Payne memberitahu pemberita.

    “Kami meminta pertimbangan yang sesuai terhadap situasinya berdasarkan fakta-fakta itu dan membenarkannya pulang ke Australia,” Payne berkata.

    Veteran tentera Selatan Vietnam itu telah menetap di Australia sejak awal 1980an.

    Beliau merupakan pesara pembuat roti dan ditahan ketika kunjungan ke Vietnam pada 2019.

    Akhbar Tuoi Tre melaporkan bahawa Kham didapati bersalah atas ‘pengganasan untuk menentang pentadbiran rakyat’ selepas perbicaraan setengah hari. – AP

    Chau Van Kham diiringi masuk ke dalam bilik mahkamah di Ho Chi Minh, Vietnam pada 11 November 2019. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...