Australia kaji pengaruh asing di universiti

SYDNEY, 31 OGOS – Parlimen Australia akan menyiasat dakwaan campur tangan asing di universiti awam, kata seorang menteri kerajaan hari ini, kerana kebimbangan meningkat mengenai pengaruh China.

Satu siasatan yang diusulkan oleh jawatankuasa keselamatan dan perisikan susulan beberapa kontroversi mengenai pengaruh China di kampus-kampus Australia, bermula dari menggodam data universiti hingga sumbangan kewangan yang dipersoalkan dan gertakan ke atas pengkritik Beijing. Kebimbangan juga telah timbul mengenai sifat hubungan penyelidikan antara ahli akademik dan saintis dua negara itu. Alan Tudge, menteri populasi dan bandar, mengatakan kepada Sky News bahawa siasatan yang diperdebatkan itu adalah percubaan terbaharu kerajaan untuk mengatasi campur tangan asing. – AFP