Wednesday, April 24, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Australia langkah kanan dalam Piala Billie Jean King

    GLASGOW, 9 NOV – Australia bermula dengan baik dalam kempen final Piala Billie Jean King selepas Ajla Tomljanovic dan Storm Sanders menang 2-1 ke atas Slovakia pada perlawanan pembukaan kelmarin.

    Digelar sebagai piala dunia tenis wanita, aksi akhir Piala Billie Jean King membuka tirainya kelmarin dengan Australia sebagai pesaing gelaran juara di Arena Emirates, Glasgow.

    Selepas mencapai peringkat separuh akhir dalam kejohanan sebelum ini pada 2019, pasukan Australia kali ini mengetepikan Slovakia untuk membuktikan komitmen mereka dalam memburu trofi kali ini.

    Pasukan Alicia Molik, yang mengambil alih tempat pasukan Rusia yang telah disenaraihitamkan dalam kejohanan kali ini, menang kedua-dua perlawanan perseorangan dalam Kumpulan B.

    Sanders mengalahkan Viktoria Kuzmova 6-4,6-3, manakala Tomljanovic menewaskan Anna Karolina Schmiedlova 6-1,6-2.

    Acara bersama 12 pasukan ini terdiri daripada empat kumpulan dari tiga negara, dengan setiap pemenang layak mara ke peringkat separuh akhir. Setiap kumpulan mengandungi dua perlawanan perseorangan dan satu perlawanan beregu.

    Australia bakal mara ke peringkat separuh akhir jika menang dalam perlawanan seterusnya menentang Belgium pada Khamis ini.

    “Kami mempunyai semangat berkumpulan yang kuat. Di Australia, kami cintakan sukan, kami cintakan semangat setia kawan, dan kami cintakan acara berpasukan.

    “Saya rasa ramai di antara pemain kami cemerlang dalam kejohanan ini,” kata Tomljanovic. – AFP

    Aksi Ajla Tomljanovic mengambil hantaran daripada Anna Karolina Schmiedlova semasa hari pertama perlawanan dalam aksi final Piala Billie Jean King di Arena Emirates, Glasgow. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...