Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Australia mahu jadi kuasa besar tenaga boleh diperbaharui

    CANBERRA, 16 NOV – Kerajaan Australia mengumumkan akan menandatangani komitmen antarabangsa bagi membina lebih banyak projek angin luar persisir, lapor Xinhua.

    Menteri Perubahan Iklim, Chris Bowen mengumumkan langkah untuk menyertai Global Offshore Wind Alliance (GOWA) dalam ucapannya pada sesi ke-27 Persidangan Pihak (COP27) Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC), juga dikenali sebagai COP27 yang berlangsung di Mesir.

    Perikatan itu bertujuan meningkatkan kapasiti penjanaan kuasa angin global daripada 60 gigawatt (GW) pada masa kini kepada 380 GW menjelang 2030.

    Tiada projek angin luar pesisir yang beroperasi di Australia tetapi ia merupakan satu peluang menarik memandangkan negara berhasrat menjadi ‘Kuasa Besar Tenaga Boleh Diperbaharui’, katanya.

    Bajet persekutuan terbaharu telah dibentangkan Bendahari Jim Chalmers pada Oktober, termasuk dana 1.5 bilion dolar Australia untuk mempercepatkan pembangunan projek itu.

    Pada Ogos, kerajaan mengenal pasti enam zon untuk projek itu, membolehkan pemaju meningkatkan perancangan untuk projek berkenaan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...