Australia, New Zealand beri cadangan kepada FIFA

SYDNEY, 25 FEBRUARY – Australia dan New Zealand yakin mereka telah menunjukkan dengan sebaik mungkin kelebihan mengadakan kejohanan bersama merentas dua konfederasi, dalam kejohanan Piala Dunia Bola Sepak wanita sukan Olimpik tahun 2023.

Persatuan Bola Sepak New Zealand dan Persatuan bola Sepak Australia mencadangkan mengadakan kejohanan bersama buat pertama kali konfederasi Piala Dunia, Piala Dunia pertama di benua Pasifik dan Piala Dunia pertama wanita di Hemisfera Selatan.

Sebuah pasukan pemeriksaan FIFA telah membuat lawatan selama enam hari, mengulang kaji pelan untuk kejohanan yang melibatkan 13 stadium dan hampir 100 padang latihan di kedua-dua negara.

Pengerusi Konfederasi Bola Sepak Australia, Chirs Nikou berkata bahawa ia akan “mengubah perlawanan bola sepak wanita di keseluruhan rantau Asia Pasifik.”

Presiden Bola Sepak New Zealand, Johanna Wood berucap ia adalah dialog yang membina di antara FIFA dan penganjur tempatan.

“Kami percaya kami mempunyai hak untuk menggabungkan inovasi, visi dan merasai sendiri menganjurkan Piala Dunia Wanita FIFA dan menjadi rakan FIFA yang boleh dipercayai,” menurut Wood dalam kenyataan Selasa lalu.

“Kami akan mengangkat kepentingan pemain bola sepak terbaik wanita di dunia dan mengetengahkan dalam apa yang kami lakukan dan kami percaya ia dapat dilihat semasa pemeriksaan dijalankan.”

Australia dan New Zealand berada dalam konfederasi Oceania sehingga Australia menyertai Konfederasi Bola Sepak Asia selepas melayakkan diri ke Piala Dunia 2006.

Kedua-dua negara tersebut berjaya menjadi hos Piala Dunia Rugby dan Piala Dunia Kriket, dan Australia telah menjadi hos sukan Olimpik 1956 dan 2000, dan Piala Asia AFC pada tahun 2015. – AP

Salah seorang pemain bola sepak wanita, Megan Rapinoe bergambar bersama piala kejuaraannya. Ke-johanan bola sepak wanita kini akan diangkat untuk diketengahkan di mata dunia. – AP