Australia, Perancis berentap

PERTH, AUSTRALIA, 8 NOV – Kapten Alicia Molik berdepan dengan Ajla Tomljnovic menggantikan Samantha Stosur dalam perlawanan akhir perseorangan, Piala Fed Australia, dengan pembukaan menentang pemain hebat Perancis, Kristina Mladenovic.

Pemain nombor satu dunia dan johan terbuka Perancis, Ashleigh Barty akan beraksi dalam perlawanan kedua perseorangan pada Sabtu di Perth arena menentang Caroline Garcia dengan jangkaan perlawanan yang sengit.

Keempat-empat pemain dijadualkan berentap dalam perlawanan perseorangan pada Ahad ini, di mana pemain berpengalaman Stour akan bergandingan dengan Barty menentang Garcia dan Mladenovic, walaupun ia berkemungkinan akan berubah, sebelum pertembungan perlawanan beregu.

Ini bermakna pemain muda Australia Astra Sharma dan Priscilla Hon akan menyokong di garisan tepi bersama-sama dengan pemain Perancis Alize Cornet, Fiona Ferro dan Pauline Parmentier.

Pemilihan Tomljanovic merupakan pilihan berani yang dibuat oleh Molik ketika Australia mencuba untuk merebut gelaran pertama dalam tempoh 45 tahun ini, dengan permain terbaik negara Stosur untuk perlawanan perseorangan, dalam tempoh 16 tahun Piala Fed diadakan.

Gambar fail pada 3 November lalu menunjukkan Ashleigh melambai tangan kepada penyokongnya selepas memenangi perlawanan menentang Karolina Pliskova di Shenzhen. – AFP

Tetapi dia menghadapi kesukaran kebelakangan ini dengan kehadiran bintang baharu Crotia, Tomljanovic, yang baru saja layak untuk terbuka Australia, dalam tahun ini dan menduduki kedudukan 50 terbaik dunia.

“Sukar untuk membuat keputusan untuk menentukan dua orang pemain perseorangan untuk bermain dalam masa sehari. Bagi kami match-ups dan saya rasa kami akan berjuang dengan dua pemain terbaik kami pada Sabtu ini,” kata Molik.

“Saya merasakan ini satu keputusan yang tepat… dengan berbekalkan persediaan mantap yang telah dilakukan oleh pasukan. Ini merupakan satu keputusan yang sukar.”

Pemenang tujuh kali Terbuka Australia tidak pernah merasai kemenangan dalam perlawanan tersebut sejak 1974, sementara itu Perancis menyasarkan kejuaraan ketiga setelah mencapai kejuaraan sejak 2003. – AFP