SYDNEY, 13 Jan – Australia memperketat pengawasan dalam perbelanjaan ahli politik hari ini selepas seorang menteri kanan meletak jawatan disebabkan pembelian sebuah pangsapuri mewah ketika lawatan yang dibiayai oleh pembayar cukai. Kemarahan orang awam telah meningkat berhubung pendedahan mengatakan Menteri Kesihatan Sussan Ley membeli sebuah pangsapuri bernilai Aus$795,000 di Gold Coast ketika satu lawatan kerja