Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Australia perlukan keberanian untuk ke Piala Dunia

    SYDNEY, 23 MAC – Pasukan kebangsaan Australia memerlukan keberanian dan perjuangan untuk menundukkan Jepun dan mengekalkan harapan mereka layak secara automatik ke Piala Dunia di Qatar, menurut penolong jurulatih, Rene Meulensteen hari ini.

    The Socceroos akan bermain dalam pertemuan yang mesti dimenangi di Sydney esok tetapi beberapa perkara tidak menyebelahi mereka.

    Jurulatih Australia, Graham Arnold diuji positif COVID dan kemudian dikenakan hukuman berat kerana melanggar perintah pengasingan diri.

    Dia akan kembali bersama pasukan sekiranya diuji negatif sebelum perlawanan bermula, tetapi pasukannya kehilangan beberapa pemain utama disebabkan koronavirus dan kecederaan, termasuk dua pemain berpengaruh, Aaron Mooy dan Tom Rogic.

    Bekas jurulatih Manchester United, Meulensteen mengakui bahawa dia tidak pernah mengalami gangguan seperti ini, tetapi berkata Australia mempunyai kekuatan yang mencukupi untuk mengawal keadaan.

    “Sangat mendukacitakan bahawa Aaron dan Tommy tidak berada dalam pasukan tetapi kami mempunyai pelapis yang mencukupi dan saya tahu pemain akan mampu menanganinya,” katanya.

    “Kami perlu memastikan perancangan kami berjalan dengan lancar, memberikan tumpuan sepenuhnya.

    “Tetapi yang paling penting, bagi saya keberanian akan membantu kami memenangi perlawanan – keberanian daripada pemain untuk melakukan perkara yang betul, untuk menunjukkan bakat mereka, yang akan memberikan masalah kepada pasukan Jepun.” – AFP

    Reaksi pemain kebangsaan Australia melakukan pemanasan badan semasa sesi latihan menjelang pertemuan menentang Jepun di Sydney.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...