Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Australia pertikai status ‘terancam’ Terumbu Sawar Besar

    CANBERRA, 29 NOV – Menteri Alam Sekitar Australia hari ini mengatakan kerajaan akan melobi untuk membantah UNESCO kerana menambah Terumbu Sawar Besar dalam senarai salah satu Tapak Warisan yang terancam, menekankan bahawa kritikan terhadap tiada tindakan diambil kerajaan ke atas perubahan iklim adalah alasan lapuk.

    Pegawai dari agensi warisan PBB dan Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi mengeluarkan satu laporan pada Isnin memberi amaran bahawa tanpa tindakan iklim ‘besar, pantas dan mampan,’ terumbu batu karang terbesar dunia itu kini menuju kemusnahan.

    Laporan yang merekomenkan peralihan kepada status terancam Terumbu Sawar Besar adalah susulan misi 10 hari pada Mac ke kawasan terumbu terkenal Australia itu untuk menilai sistemnya. Ia dimasukkan ke dalam Senarai Tapak Warisan Dunia pada 1981.

    Menteri Alam Sekitar, Tanya Plibersek mengatakan laporan mencerminkan usaha kerajaan konservatif terdahulu, yang disingkirkan dalam pilihan raya Mei lalu selepas sembilan tahun berkuasa.

    Menurutnya, kerajaan baharu sayap kiri Buruh sudah pun menumpukan perhatian ke atas beberapa laporan tersebut, termasuk tindakan ke atas perubahan iklim. – AFP

    Gambar fail sekawan ikan berenang di Terumbu Karang Moore di Laut Gunggadji, pesisir pantai Queensland di timur Australia. Australia akan melobi membantah penambahan Terumbu Sawar Besar ke dalam senarai terancam UNESCO. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...