Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Australia pulangkan artifak dicuri kepada India

    NEW DELHI, 21 MAC – Australia telah memulangkan 29 artifak warisan dan keagamaan kepada India, antaranya yang telah dicuri atau dieksport secara haram dari negara itu.

    New Delhi telah menekan kerajaan Barat dan muzium-muzium untuk mengenal pasti dan memulangkan objek ‘warisan dicuri’ milik India dan ratusan barangan dari koleksi negara luar sudah pun dipulangkan.

    Sebanyak 13 daripada karya yang dipulangkan oleh Australia itu berkaitan dengan penyeludup dipercayai Subhash Kapoor, bekas pedagang seni Manhattan yang menjadi siasatan besar-besaran persekutuan AS dikenali sebagai Operation Hidden Idol.

    “Saya mengucapkan terima kasih atas inisiatif untuk memulangkan artifak purba India itu,” Modi memberitahu rakan sejawatannya Australia, Scott Morrison semasa mesyuarat maya para pemimpin.

    “Ini termasuk patung dan lukisan yang berusia ratusan tahun dan secara haram telah dicuri…dan kini kami memulangkannya ke tempat asalnya,” katanya.

    Objek itu termasuk arca, lukisan, gambar dan skrol – dari abad ke-9 dan disimpan oleh Galeri Nasional Australia. – AFP

    Gambar gabungan Perdana Menteri Australia, Scott Morrison (kiri) dan Perdana Menteri India, Narendra Modi semasa sidang maya pada 21 Mac. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China alu-alukan pelaburan asing dari Jerman

    BEIJING, 16 APRIL - Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan delegasi ekonomi Jerman yang mengiringi Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam lawatan ke...