Australia rancang bawa kembali pelajar antarabangsa

CANBERRA, 29 SEPT – Ketua Menteri Wilayah Utara Australia (Wilayah Utara) mendedahkan rancangan untuk membawa masuk kembali pelajar antarabangsa dan pekerja bermusim ke rantau ini, lapor agensi berita Xinhua.

Michael Gunner meng-esahkan semalam beliau berusaha memperluas dasar lokasi panas Wilayah Utara, iaitu hanya pengunjung dari kawasan tiada kes jangkitan COVID-19 sahaja dibenarkan memasuki wilayah tersebut, dari luar negara.

Sekiranya berjaya, ia akan membuka jalan untuk pelajar antarabangsa dan pekerja bermusim kembali ke Wilayah Utara dan dapat merangsang semula ekonomi.

Namun, sungguhpun dasar lokasi panas diperluas-kan, semua ketibaan antarabangsa masih tertakluk dengan tempoh 14 hari kuarantin yang mencetuskan persoalan ber-kaitan kos.

Gunner berkata kerajaan mahu membuat percubaan kuarantin ke atas pelajar antarabangsa yang belajar di Wilayah Utara.

“Kami mempunyai ramai pelajar antarabangsa di sini. Sejak empat tahun kebelakangan ini, kami menambah jumlah mereka lebih dari 1,000 hingga 2,500. Saya tidak fikir kami dapat membawa masuk 2,500 pelajar,” katanya.

“Kami sedang berusaha bekerjasama dengan kerajaan Australia untuk masa akan datang – bagaimana kita melakunya dengan selamat dan memastikan ekonomi terus bergerak, pada dasarnya, bagaimanakah ia perlu dilakukan tanpa menyukarkan mana-mana pihak?” – Bernama