Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Australia rancang tambah pengambilan migran susulan krisis tenaga mahir

    CANBERRA, 14 OGOS – Kerajaan Australia merancang untuk meningkatkan jumlah pengambilan pekerja migran bagi menangani kekurangan tenaga buruh disebabkan pandemik COVID, kata Menteri Kemahiran dan Latihan, Brendan O’Connor.

    Beliau berkata kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menaikkan had migran tahunan daripada paras semasa iaitu 160,000 kepada lebih ramai migran berkemahiran tinggi, termasuk membabitkan pengamal kesihatan dan pakar IT, lapor Xinhua.

    Menurut Biro Perangkaan Australia (ABS), terdapat 480,100 kekosongan jawatan pada Mei, peningkatan lebih 100 peratus berbanding Februari 2020 sebelum Australia menutup sempadan antarabangsanya.

    Had pengambilan migran akan dibincangkan dengan kesatuan sekerja dan kumpulan majikan semasa sidang kemuncak pekerjaan dan kemahiran yang akan diadakan pada September ini.

    “Kami mempunyai tugas berat untuk menangani krisis tenaga mahir tetapi kerajaan perlu berusaha keras untuk melatih tenaga kerja tempatan dan mengurangkan pekerja asing,” kata O’Connor. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...