Australia rekod kematian tertinggi COVID-19

MELBOURNE, 18 JAN – Australia melaporkan rekod tertinggi kematian akibat COVID-19 hari ini dan negeri keduanya mengisytiharkan kecemasan di hospital bagi menangani peningkatan kemasukan pesakit ke hospital dan kekurangan staf kerana koronavirus.

Sebanyak 74 kematian berlaku dalam tiga negeri paling padat penduduknya. New South Wales melaporkan 36 kematian, Victoria 22 dan Queensland 16. Rekod harian tertinggi sebelumnya ialah 59 kematian pada 4 September 2020.

Menteri Kesihatan Persekutuan, Greg Hunt mengatakan terdapat tanda-tanda kadar jangkitan di New South Wales memuncak dan Victoria pula hampir mendatar.

Kerajaan New South Wales bagaimanapun menidakkan langkah kembali kepada perintah berkurung bagi menangani varian mudah menular, Omicron. – AP