Australia sekat lima jeneral Myanmar

SYDNEY, 23 Okt – Kerajaan Australia hari ini mendedahkan sekatan ke atas lima pegawai tentera Myanmar yang dituduh menyelia tindakan ganas ke atas etnik Rohingya.

Susulan tindakan yang sama oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah, Australia mengumumkan bahawa ia akan membekukan aset pegawai-pegawai tersebut termasuk Leftenan Jeneral yang memerintahkan kumpulan operasi khas yang dipercayai menjadi dalang kekejaman itu.

Menteri Luar Australia, Marise Payne berkata para pegawai tersebut adalah Aung Kyaw Zaw, Maung Maung Soe, Aung Aung, Than Oo dan Khin Maung Soe, telah bertanggungjawab dalam melanggar hak asasi manusia yang dilakukan oleh unit-unit di bawah jagaan mereka.

Lima pegawai, yang juga antaranya telah meletak jawatan, telah dilarang untuk memasuki Australia.

Kira-kira 700,000 penduduk Rohingya telah melarikan diri daripada kediaman mereka di wilayah Rakhine, barat daya Myanmar, sejak 2016.

Kempen tersebut telah menyebabkan jumlah pembunuhan yang banyak, pembakaran kampung-kampung oleh anggota keselamatan. – AFP