Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Australia selar ‘talian hayat’ China kepada Rusia

    SYDNEY, 25 FEB – Australia hari ini menyelar kegagalan China untuk mengecam pencerobohan Rusia ke atas Ukraine dan juga keputusan ‘tidak boleh diterima’ Beijing untuk melonggarkan sekatan ke atas eksport utama Rusia selepas sekatan oleh barat.

    Perdana Menteri Scott Morrison mengatakan dunia mesti bersatu mengecam Rusia, menyuarakan kebimbangan terhadap kurangnya ‘respons kuat dari China.’

    Beijing kelmarin mengumumkan bahawa ia akan mengimport lebih banyak gandum Rusia, bertentangan dengan langkah Barat yang mengenakan pelbagai sekatan ke atas Kremlin dan sekutunya.

    “Awda tidak seharusnya memberikan talian hayat kepada Rusia di tengah-tengah tempoh ketika mereka menceroboh negara lain. Ia benar-benar tidak boleh diterima,” kata Morrison.

    Rusia mengeluarkan sekitar suku daripada pengeluaran keseluruhan gandum dunia, menurut data Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, satu perdagangan yang bernilai berbilion dolar AS setiap tahun.

    Manakala Ukraine mengeluarkan 10 peratus lagi bekalan dunia dan terdapat kebimbangan bahawa perang dan sekatan akan menyekat pengeluaran dan meningkatkan lagi harga makanan tinggi di seluruh dunia. – AFP

    Penunjuk perasaan berasal dari Ukraine mengadakan bantahan terhadap pencerobohan Rusia di Ukraine, di Sydney, 25 Februari. Perdana Menteri Australia menyelar China kerana memberikan talian hayat kepada Rusia. –AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...