Australia Selatan tamat perintah berkurung

ADELAIDE, 20 NOV – Australia Selatan akan memendekkan tempoh enam hari perintah berkurung di negeri itu, dua hari lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan oleh kerajaan.

Keputusan itu dibuat selepas kerajaan mengesan dua lelaki yang juga cef di kedai piza, menjadi punca penyebaran COVID-19.

Ketua Menteri, Steven Marshall, berkata perintah berkurung di negeri yang dihuni lebih dua juta penduduk itu ditamatkan Sabtu ini selepas mengesan punca sebenar penularan.

Katanya, seorang lelaki yang disyaki dijangkiti virus itu melalui kotak makanan yang dibawa pulang pada awalnya mendakwa dia adalah pelanggan di kedai piza berkenaan tetapi sebenarnya bekerja di kedai berkenaan.

Rabu lalu, semua sekolah, kedai, pub, kilang dan restoran pandu lalu diarahkan ditutup dan orang ramai diminta terus berada di rumah bagi menghalang pergerakan penduduk di seluruh negeri berkenaan.

Susulan itu, 10,000 orang menjalani ujian pengesanan dan didapati tidak berlaku jangkitan dalam komuniti dan kluster itu hanya mencatatkan 25 kes sehingga menyebabkan pihak berkuasa dituduh mengambil tindakan berlebihan dalam isu itu. – AFP