Australia senarai Hizbullah sebagai ‘organisasi pengganas’

SYDNEY, 24 NOV – Australia hari ini menyenaraikan kesemua kumpulan Hizbullah sebagai ‘organisasi pengganas’, sekali gus melanjutkan larangan ke atas puak bersenjata terhadap seluruh pergerakan yang mempunyai kuasa besar ke atas Lubnan.

Menteri Dalam Negeri, Karen Andrews, berkata kumpulan Syiah yang disokong Iran itu didakwa ‘terus melakukan ancaman serangan pengganas dan memberi sokongan kepada organisasi pengganas’ serta menimbulkan ancaman ‘sebenar’ dan ‘nyata’ kepada Australia. – AFP

Menteri Dalam Negeri Australia, Karen Andrews. – AFP