Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Australia senarai koala sebagai spesies ‘terancam’

    SYDNEY, 11 FEB – Australia hari ini secara rasminya menyenaraikan koala di kawasan pantai timurnya sebagai ‘terancam’, kerana marsupial itu bergelut untuk hidup akibat kebakaran dan penebangan hutan, kemarau serta bencana.

    Ahli pemuliharaan berkata populasi koala menurun mendadak di sebahagian besar timur Australia dalam tempoh dua dekad kebelakangan, memberi amaran bahawa koala kini di ambang kepupusan.

    Menteri Alam Sekitar, Sussan Ley berkata dia mengkategorikan populasi koala sebagai ‘terancam’ bagi menawarkan koala tahap perlindungan lebih tinggi di New South Wales, wilayah bandar Australia dan Queensland.

    Ahli pemuliharaan mengalu-alukan status baharu koala tetapi mengutuk kegagalan Australia untuk melindungi spesies itu setakat ini.

    “Koala telah dikategorikan dari tidak tersenarai kepada terdedah kemudian terancam dalam tempoh satu dekat. Ini adalah satu penurunan yang mengejutkan,” kata ahli saintis pemuliharaan Tabung Alam Sedunia (WWF) Australia, Stuart Blanch.

    “Keputusan yang dibuat hari ini sangat dialu-alukan tetapi ia tidak akan menghentikan populasi koala dari terus menuju kepupusan melainkan ia disertakan dengan undang-undang yang kuat dan insentif pemegang tanah untuk melindungi hutan tempat tinggal koala.”

    Ahli pemuliharaan berkata ia sangat sukar untuk memberikan angka tepat mengenai populasi koala di bahagian timur negara yang terjejas.

    Tetapi anggaran daripada badan penasihat bebas kerajaan, Jawatan Kuasa Saintifik Spesies Terancam, menunjukkan angka koala menurun dari 185,000 pada 2001 kepada hanya 92,000 pada 2021.- AFP

    Gambar fail bertarikh 14 Januari 2020 menunjukkan seekor koala cedera yang dirawat akibat kebakaran hutan di sebuah hospital lapangan Taman Hidupan Liar Kanggaru di Pulau Kanggaru. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...