Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Australia tahan 600 pesalah keganasan rumah tangga

    SYDNEY, 31 JAN – Polis New South Wales (NSW) Australia menahan lebih 600 pesalah keganasan rumah tangga semasa operasi empat hari di seluruh negeri itu, lapor Agensi Anadolu.

    Polis NSW dalam satu kenyataan mendakwa seramai 648 orang disabitkan kesalahan serius dengan menyasarkan pesalah keganasan rumah tangga paling berbahaya di negeri itu.

    Operasi Amarok One itu berlangsung dari 24 hingga 27 Januari, menurut polis dalam satu kenyataan yang diterbitkan di laman sesawangnya.

    Dalam operasi itu, polis turut menemui dan merampas 19 senjata api dan 49 senjata terlarang serta pelbagai jenis dadah terlarang. – Bernama

    600 orang telah ditangkap semasa Operasi Amarok One, operasi selama empat hari yang menyasarkan beberapa pesalah keganasan rumah tangga yang paling berbahaya di NSW.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...